Nasihat kepada graduan Sains Komputer/IT

Pertama sekali, tahniah kerana anda telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Komputer ataupun Teknologi Maklumat (atau apa2 kursus berkaitan). Ia satu pencapaian yang amat membanggakan dan semestinya anda begitu teruja untuk memulakan kerjaya dalam bidang software development.

Pada ruangan ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memberikan beberapa panduan yang diharapkan boleh membantu anda dalam memulakan kerjaya sebagai software developer.

Dapatkan domain name personal

Ia bukannya perlu sangat pun sebenarnya tapi dalam proses mendapatkan domain name ini, anda akan belajar banyak perkara. Itu yang penting - the journey, not the destination. Anda akan belajar pasal DNS, yang akan banyak membantu dalam pekerjaan anda sebagai software developer nanti.

Setup email menggunakan domain personal di atas

Sekali lagi, ini lebih untuk tujuan pembelajaran berbanding kegunaan praktikal. Saya sendiri hanya menggunakan email daripada gmail kerana ia lebih praktikal. Jadi jika contohnya nama domain yang anda daftar di atas adalah ahmadrazak.com, maka boleh setup alamat email seperti me@ahmadrazak.com, contact@ahmadrazak.com dan sebagainya.

Bina website/blog peribadi

Mempunyai website atau blog peribadi adalah penting bagi seorang software developer kerana kerjaya tersebut bukanlah hanya terhad kepada menulis kod semata-mata. Ini antara kefahaman salah yang besar terhadap kerjaya software developer. Sebelum kod ditulis, anda perlu membuat analisa terhadap masalah yang hendak diselesaikan terlebih dahulu. Dan ini antara fungsi literature reviews yang anda biasanya perlu buat dalam laporan projek tahun akhir (FYP) anda. Jadi cuba belajar untuk menulis literature reviews yang bagus dan bukan sekadar tangkap muat untuk menyiapkan FYP semata-mata.

Blog ini anda boleh khususkan kepada kandungan teknikal sahaja atau campur sekali dengan penulisan-penulisan lain. Kelebihan pelbagai topik ia dapat memberi gambaran lebih besar tentang diri anda, bagaimana anda berfikir, minat dan sebagainya. Bakal majikan turut berminat dengan maklumat-maklumat ini kerana pada akhirnya, anda tetap seorang manusia biasa dengan karakter-karakter tertentu yang akan mempengaruhi corak kerja anda nanti.

Website atau blog peribadi ini pada akhirnya akan menjadi personal branding anda. Untuk contoh personal branding yang berkesan, tidak perlu pergi jauh. Anda boleh tengok pada laman web red1.org, (Redhuan D. Oon), ketua projek ERP bertaraf dunia, Adempiere.

Daftar akaun github/bitbucket/gitlab

Jika sebelum ini saya nyatakan kerjaya sebagai software developer bukan sekadar melibatkan coding semata-mata, tetapi code tetap intipati utama dalam kerjaya ini. Majikan tidak dapat lari daripada melihat bagaimana anda menulis kod untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Code repository hosting seperti Github, BitBucket atau Gitlab adalah tempat di mana anda boleh berkongsi kod yang anda tulis dengan developer yang lain.

Namun fungsi paling penting code hosting ini adalah ia membolehkan anda berkolaborasi dengan developer lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kerja software developer bukan berbentuk lone ranger. Ia memerlukan anda berkerjasama dengan developer lain dan melalui Github, anda boleh mempraktikkan kemahiran ini walaupun anda masih belum bekerja.

Masuk kelas intensif Bahasa Inggeris

80% daripada rujukan berkaitan software development pada masa ini masih dalam Bahasa Inggeris. Jadi anda tidak dapat lari daripada menguasai BI jika hendak pergi lebih jauh dalam bidang ini. Saya telah pun menulis berkaitan kepentingan BI sebelum ini.

Libatkan diri sekurang-kurangnya dalam satu projek open source

Saya telah nyatakan sebelum ini, software development adalah satu kolaborasi tetapi bagaimana anda hendak menimba pengalaman tanpa memulakan kerjaya terlebih dahulu ? Inilah kelebihan terlibat dalam projek open source. Ia umpama anda telah pun menyertai sebuah team software developer dan jika projek tersebut adalah projek yang bertaraf dunia, maka pengalaman yang anda boleh timba adalah tidak ternilai.

Nasihat Google

Google telah menyediakan satu panduan yang bagus untuk pelajar menyiapkan diri mereka bagi menceburi bidang software development. Jadi luangkan masa khas untuk mengikuti apa yang telah mereka cadangkan.

Nasihat lain

Lelaki ini telah menyenaraikan satu ‘study plan’ yang lengkap untuk subjek Sains Komputer bagi mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan sebagai Software Engineer. Ini apa yang dia cakap:-

I originally created this as a short to-do list of study topics for becoming a software engineer, but it grew to the large list you see today. After going through this study plan, I got hired as a Software Development Engineer at Amazon! You probably won’t have to study as much as I did. Anyway, everything you need is here.

Rujukan

  1. http://danielpocock.com/getting-selected-for-google-summer-of-code-2016
  2. http://www.joelonsoftware.com/articles/CollegeAdvice.html
  3. https://simpleprogrammer.com/2016/07/18/technical-skills-software-developer/
Written on December 1, 2016